Sunday 24 July 2016

Pengumuman Untuk Pembaca Blog Ini


UNTUK MELIHAT KARANGAN PENUH

Untuk mencari karangan penuh, saya telah mengubah karangan tersebut disitu. Anda semua boleh mencari gambar di atas yang telah saya tunjukkan di dalam blog saya. Terus tekan dan ia akan membawa anda semua ke karangan penuh yang telah saya sediakan. Ini untuk memudahkan pencarian anda dan memudahkan saya mengasingkan karangan tersebut ke dalam format yang betul. Maaf sekiranya terdapat sebarang kesulitan. Huhu..

Friday 29 January 2016

Asal Usul Bahasa Melayu

a) Konsep Bahasa :

    Mengikut R.A. Hall (1964), bahasa merupakan insitusi yang membolehkan manusia berkomunikasi dan berhubung antara satu sama lain yang mengandungi makna dan menggunakan lambang-lambang arbitrari lisan-pendengaran.


    Mengikut Michael Halliday (1973), bahasa ialah satu urutan kemungkinan dan pilihan tingkah laku yang bersesuaian dengan individu sebagai manusia yang bersosialisasi.

    Bahasa boleh mengalami perubahan bunyi, makna, bentuk, susunan ayat dan boleh berkembang serta "fleksibel" dalam menerima pengaruh asing.

b) Konsep Melayu :

    Konsep Melayu dapat difahami dengan tiga definisi asas Melayu iaitu :
    Definisi awal istilah Melayu
    Definisi Melayu berdasarkan etimologi
    Definisi Melayu berdasarkan bangsa

Istilah Melayu boleh membawa maksud dan pengertian yang berbeza iaitu :

c) Definisi Awal Istilah "Melayu" :

   Istilah "Melayu" dapat dilihat dari segi konsep etimologi, iaitu kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan. Istilah "Melayu" boleh dikaitkan dengan konsep kerajaan atau kawasan yang berdasarkan bukti-bukti sejarah yang merujuk kepada kerajaan atau kawasan dan bukan merujuk kepada bangsa. Antara bukti tersebut ialah :

    M. Ptolemy menggunakan istilah Maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis yang terhasil sekitar tahun 100 - 150 Masihi. Menurut Gerini, istilah tersebut berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu Malaikurram atau Malayakolam yang merujuk kepada sebuah tempat iaitu Tanjung Kuantan.

    Terdapat perkataan Malaya-dvipa yang bermaksud tanah yang dikelilingi air di dalam Kitab Hindu Purba (Purana) yang ditulis pada zaman Gautama Buddha. Para pengkaji beranggapan bahawa istilah tersebut merujuk kepada Pulau Sumatera.

    Catatan perjalanan pengembara Cina yang ditulis pada zaman Dinasti Tang antara tahun 644 - 645 Masihi mengandungi istilah Mo-lo-yu atau Mo-lo-yue. Catatan tersebut memperlihatkan bahawa terdapat utusan dari kerajaan Mo-lo-yu yang dihantar ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi mereka ke negara China. Para pengkaji berpendapat bahawa bahasa utusan tersebut terletak di Jambi, di Selatan Sumatera.

    Catatan rahib Buddha yang bernama I-Tsing menggunakan perkataan Mo-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang.

d) Definisi Dari Segi Etimologi:

   Etimologi bermaksud kajian asal usul, sejarah sesuatu perkataan dan makna perkataan tersebut.

    Menurut Zuber Osman, perkataan "Melayu" berasal daripada perkataan Malaya yang merupakan singkatan daripada perkataan Himalaya. Maksud perkataan Hima ialah bersalji manakala alaya bermaksud tempat. Oleh itu, Himalaya dikatakan tempat asal orang Melayu.

    Mohd. Dahalan Mansoer berpendapat bahawa perkataan "Melayu" berdasarkan nama sebatang sungai, iaitu Sungai Melayu di Palembang yang dikisahkan dalam buku "Sejarah Melayu".

    Van Der Tuuk mengaitkan perkataan "Mlayu" dengan istilah "menyeberang" iaitu merujuk kepada orang Melayu yang menukar agama daripada Hindu-Buddha kepada Islam.

    Walaupun begitu, terdapat juga perkataan "Malayapura" pada Batu Bersurat Bukit Gombak Satu yang ditemukan di Sumatera Barat. Perkataan Malayapura ini bermaksud "Kota Melayu" atau "Kerajaan Melayu".

    Menurut Perlembagaan Malaysia, Perkara 153, istilah "Melayu" merujuk kepada seseorang yang dapat menuturkan Bahasa Melayu, mengamalkan adat Melayu dan menganut agama Islam.

e) Definisi Melayu Berdasarkan Bangsa:

   Pada zaman kuno, istilah "Melayu" tidak merujuk kepada warisan bangsa, tetapi dikatakan sebagai tempat. Walau bagaimanapun, apabila tertubuhnya kerajaan Melaka kira-kira 1400 Masihi, maka istilah "Melayu" telah mencakupi konsep yang lebih umum, iaitu orang di daerah tersebut dan bahasa yang digunakan.

    Kajian awal menunjukkan nenek moyang orang Melayu berasal daripada Asia Tengah sebagai Melayu-Deutro dan Melayu-Proto. Namun begitu, terdapat juga kajian yang menunjukkan bangsa Melayu merupakan penduduk asal di Nusantara.