Usaha-usaha yang dapat
dilakukan untuk memupuk nilai budi bahasa dalam kalangan remaja :
Sejak kebelangkangan ini, nilai-nilai berbudi bahasa dan
sopan santun semakin terpinggir dan tidak dipandang tinggi oleh masyarakat,
khususnya dalam kalangan remaja. Oleh hal yang demikian, sebagai bangsa yang
bertamadun, adalah wajar untuk kita mengembalikan tradisi amalan yang murni ini
agar kehidupan bermasyarakat menjadi lebih bahagia.
Usaha utama yang dapat dilakukan oleh semua pihak untuk
mengembalikan semula tradisi nilai budi bahasa adalah ziarah menziarahi dan
bertegur sapa antara satu sama lain. Hal ini demikian, amalan seumpama ini
dapat mengikat hubungan mesra dan saling menghormati, bak kata perpatah “cubit
paha kiri, paha kanan pun sakit juga”. Penglibatan setiap anggota masyarakat
terutamanya golongan remaja dalam kegiatan seperti ini menjadi nadi untuk
menghidupkan amalan berbudi bahasa.
“Melentur buluh biarlah dari rebungnya” merupakan
peribahasa yang biasa didengar dan menunjukkan bahawa sesuatu asas latihan itu
hendaklah bermula dari awal. Anak-anak yang dilahirkan diumpama sebagai sehelai
kain putih, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mewarnakan jiwa mereka
dengan nilai-nilai berbudi bahasa. Sebarang tingkah laku positif yang dilakukan
oleh golongan dewasa hendaklah ditunjukkan kepada anak-anak. Sebaliknya,
sebarang sikap negatif harus dielakkan agar tidak diikuti oleh anak-anak.
Amalan “mencium tangan” ketika bersalam seperti yang diamalkan dalam adat Orang
Melayu harus dikembangkan kepada semua budaya dan bangsa. Amalan seperti ini
jelas menunjukkan sifat kesopanan dan budi bahasa dalam kalangan remaja kepada golongan
yang lebih tua.
Ciri-ciri berbudi bahasa juga boleh ditanamkan ke dalam diri
golongan pelajar-pelajar di sekolah. Subjek Pendidikan Sivik adalah antara
usaha yang boleh meningkatkan sikap sopan santun dan berbudi bahasa dalam
kalangan pelajar. Hal ini demikian, amalan menghormati guru dan bercakap dengan
lemah lembut serta berbudi bahasa dapat dipelajari melalui subjek Pendidikan
Sivik. Bagi menjayakan usaha ini, guru hendakalah memainkan peranan penting
selaku penjana insan yang seimbang dan harmoni.
Selain didedahkan teori melalui subjek yang diajar di
sekolah, para pelajar wajar didedahkan dengan praktikalnya sekali. Hal ini
demikian kerana para pelajar perlu didedahkan dengan realiti kehidupan.
Antaranya membawa mereka menziarahi para pesakit di hospital, melibatkan diri
dengan kegiatan gotong-royong dan menjalankan aktiviti kebajikan seperti membantu
golongan miskin dan anak yatim. Secara tidak langsung dapat mengajar golongan
remaja erti dan sikap berbudi bahasa dan sopan santun.
Di samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan kempen
kepentingan berbudi bahasa untuk meningkatkan nilai berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat terutamanya remaja.
Antaranya menerbitkan iklan atau mencetak risalah dan poster bagi mempamerkan
pentingnya budaya berbudi bahasa.
Kesimpulannya, memandangkan sifat ini boleh menjadikan
sebuah institusi masyarakat itu lebih harmoni dan sejahtera, usaha dan langkah
untuk menghidupkan kembali amalan Berbudi Bahasa Budaya Kita harus disokong
oleh semua pihak. Selain itu, pihak yang terlibat harus menjalankan amalan ini
dengan lebih proaktif, lebih-lebih lagi dalam kegawatan masalah keruntuhan
akhlak yang banyak berlaku dalam kalangan remaja pada masa kini.
Thank you.Sekarang kerja saya dah siap.
ReplyDeleteTq
DeleteBagusnya karangan ni..terima kasih sekarang saya punya spontan pidato dh siap
ReplyDeleteTerima kasih pendahuluan
ReplyDelete10/10
ReplyDeleteMantullllll
ReplyDeletecantiiknyaa
ReplyDeleteterima kasih sangat ii <3
ReplyDelete