Faedah-faedah hidup
berjiran :
Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung kepada
keutuhan dan kemantapan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat tanpa mengira
umur, jantina, bangsa, agama dan budaya. Hubungan erat antara jiran dalam
masyarakat merupakan ciri-ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan
dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang
aman dan harmoni.
Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat, jiran boleh ditakrifkan sebagai orang yang tinggal paling hampir
dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita akan
terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang
paling mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. Pertolongan
seperti ini amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan
pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan,
pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat yang besar kepada ita. Hal
ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama
Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu
mampu menjamin keselamatan setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian,
penyalahgunaan dadah dan budaya samseng. Hidup berjiran dalam kalangan
masyarakat akan membawa impak yang positif kepada masyarakat itu sendiri iaitu kesedaran
hidup berjiran mampu membawa kepada jaminan keselamatan penduduk setempat. Hal
ini kerana Rukun Tetangga yang terdiri daripada ahli-ahli masyarakat di kawasan
kejiranan akan menjalankan rondaan secara berkumpulan pada waktu malam bagi
memastikan kawasan perumahan berada dalam keadaan selamat. Secara tidak
langsung, program ini sememangnya mampu membantu pihak polis dalam usaha untuk
mengurangkan kegiatan jenayah yang biasa berlaku di kawasan perumahan.
Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan
kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama dan
keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak
dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil
inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Setiap ahli masyarakat
seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, “sediakan
payung sebelum hujan”. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil
berat antara satu sama lain semestinya dapat menjana program yang menyumbangkan
kebajikan kepada masyarakt setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada
persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.
Seterusnya, perpaduan adalah kunci kepada
kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam
keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman
dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Kehidupan
berjiran dapat memupuk semangat toleransi, bekerjasama, sikap tolak ansur, saling
mempercayai dan amalan perkongsian pintar sesama jiran. Sekiranya hal ini
diabaikan, maka lambat laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang
akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa betapa penting dan
besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah
negara. Oleh itu, masyarakat haruslah berganding bahu, bak kata pepatah, berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam usaha menjadikan kehidupan berjiran sebahagian
daripada amalan dan budaya masyarakat di Malaysia.
good...
ReplyDeleteI like
ReplyDeleteGila
ReplyDeleteNbsimscwiaimnwtq9kac8qc
ReplyDeleteThanks,srs, bagus gila
ReplyDeletethankss
ReplyDeleteNice la karangan padu!!!
ReplyDeleteThis is amazing!!!!
ReplyDeleteSpeechless 😉
ReplyDelete<3 >_<
Deletetq share😊
ReplyDeletewahhh karang yang menarikkkk terima kasih atas perkongsian
ReplyDeletewow nice thank you
ReplyDeleteGood
ReplyDeletecantikla blog sukerrrr
ReplyDelete