Langkah-langkah bagi meningkatkan minat membaca dalam kalangan generasi muda :
Membaca adalah cara yang paling aula dan berkesan untuk meluaskan ilmu
pengetahuan. Tabiat membaca amat penting untuk melahirkan masyarakat yang
berilmu. Hal ini demikian, melalui bahan bacaan, khususnya buku, majalah
dan akhbar terdapat pelbagai ilmu pengetahuan sama ada yang berkaitan
dengan sains, sejarah, bahasa dan isu semasa dapat diperolehi. Tabiat suka
membaca harus disemai dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.
Bagi meningkatkan minat membaca dalam kalangan anak-anak, peranan ibu
bapa merupakan peranan yang penting. Hal ini demikian, ibu bapa mampu
menerapkan tabiat suka membaca dalam diri anak-anak. Ibu bapa hendaklah
menyediakan bahan-bahan bacaan di rumah.Bahan bacaan tersebut hendaklah
sesuai dengan keupayaan dan minat anak-anak. Langkah ini penting kerana
anak-anak tidak perlu ke tempat yang lebih jauh untuk mendapatkan bahan
bacaan. Situasi ini akan merangsang mereka untuk membiasakan diri dengan
buku.Bagi keluarga yang berada,ibu bapa harus menyediakan sudut bacaan
atau perpustakaan mini di rumah. Hal ini memastikan bahan bacaan dapat
disusun di tempat yang dikhaskan untuk membina suasana persekitaran
membaca yang lebih menyeronokkan.
Selain
itu, ibu bapa juga hendaklah membawa anak-anak mereka ke pameran
buku,kedai buku atau perpustakaan. Memandangkan tempat-tempat sebegitu
terdapat pelbagai jenis buku maka anak-anak boleh memilih buku-buku yang
diminatinya. Melalui tempat-tempat ini, mereka juga akan didedahkan
dengan melihat orang ramai, termasuk rakan sebaya mereka memilih
buku. Situasi ini dapat menimbulkan persaingan dalam diri anak-anak untuk
turut serta memiliki buku. Sekiranya ibu bapa kerap kali membawa
anak-anak ke kedai buku dan perpustakaan, langkah ini akan dapat
menimbulkan kesedaran kepada anak-anak betapa pentingnya buku dalam
kehidupan harian mereka.
Sudah menjadi
kelaziman bagi sesetengah pihak, terutamanya ibu bapa bahawa mereka akan
memberikan hadiah untuk meraikan kejayaan anak-anak. Sesetengahnya pula
memberikan hadiah sempena sambutan hari lahir anak-anak. Oleh itu,dalam
usaha meningkatkan minat membaca dalam kalangan generasi muda, lebih
berfaedah sekiranya ibu bapa menjadikan buku sebagai hadiah untuk
anak-anak mereka. Perubahan seumpama ini perlu dilakukan untuk
memperlihatkan kepentingan buku kepada generasi muda. Apabila buku sudah
tersedia di hadapan mata,ditambah pula dengan dorongan ibu bapa, minat
membaca dapat mudah diterapkan dalam diri anak-anak.
Bagi merealisasikan matlamat untuk meningkatkan minat membaca dalam
kalangan generasi muda, ibu bapa perlu menunjukkan tabiat membaca kepada
anak-anak. Hal ini penting memandangkan anak-anak akan mencontohi segala
perlakuan ibu bapa mereka. Sebagai contohnya,sekiranya anak-anak melihat
ibu bapa atau ahli keluarganya yang lain rajin membaca, sudah tentu
keinginan untuk turut membaca akan timbul dengan
sendirinya. Tegasnya, dalam usaha untuk menanam tabiat membaca dalam diri
anak-anak, ibu bapa tidak harus menjadi seperti ketam yang mengajar
anaknya berjalan dengan betul.
Selain ibu
bapa, pihak sekolah juga hendaklah menjalankan usaha yang berkesan kerana
peranan pihak sekolah amat penting bagi meningkatkan minat membaca
dalam kalangan generasi muda. Salah satu langkah yang perlu dilakukan
ialah melengkapkan perpustakaan sekolah dengan pelbagai bahan bacaan
yang bermutu dan terkini. Kemudahan asas di perpustakaan perlu
dilengkapkan, termasuklah penyediaan alat penghawa dingin. Buku dan bahan
bacaan yang lain di perpustakaan perlu di susun secara lebih teratur dan
sistematik untuk memudahkan pelajar mendapatkannya. Usaha sedemikian
mampu menarik lebih ramai pelajar mengunjungi perpustakaan bagi tujuan
membaca.
Kesimpulannya, usaha untuk
meningkatkan minat membaca dalam diri anak-anak bukanlah perkara yang
mudah. Walaupun ibu bapa dikatakan orang yang paling berpengaruh dalam
meningkatkan tabiat membaca dalam diri anak-anak, namun tanpa sokongan
pihak lain, matlamat ini sukar menjadi kenyataan. Oleh itu, semua pihak
harus bekerjasama meningkatkan minat membaca dalam kalangan generasi
muda agar negara ini dapat menjadi sebuah negara maju suatu hari nanti.
Thank you👍🏿👍🏿👍🏿👍🏿👍🏿
ReplyDeletethank you for the essay and this can help me to finish my homework.
ReplyDeleteSame...I use this for essay exam
DeleteThanks..karangan ini amat bermanfaat
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeletethanks for the article, it helps me finish my assignment. bless up
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteTQ for this essay
DeleteTerima kasih untuk pendahuluan dan karangan point.
ReplyDeletet kasih kerana dh beri tunjuk ajar ya..
ReplyDeleteThank you for the essay <3
ReplyDeleteI'm going to have examination next week, this helps me a whole lot.
cantik tulisan
ReplyDeleteThanks helpful for my exam 🤘
ReplyDeleteThank you so much for the information
ReplyDeleteTerima kasih... karangan yang amat jelas dan telah bantu saya siapkan kerja khusus...
ReplyDeleteThank u so much easy 2 finish h/w
ReplyDeleteThanks helful for my homeowork
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeletethanks
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeleteThank you very much,it's very help me to finish my homework.
ReplyDeleteTq
ReplyDelete*Terima kasih untuk pendahuluan*
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeletetq so mch fr this
ReplyDeleteterima kasih kerana memberi kebenaran
ReplyDeleteNice
ReplyDeleteThank you kakak
ReplyDeletethank u
ReplyDeleteterima kasih atas bantuan ini...
ReplyDeleteThank you for the essay .it's very help me to finish the homework
ReplyDelete