Kesan-kesan
merokok dalam kalangan masyarakat :
Sememangnya diakui bahawa tabiat
merokok telah lama dan menjadi sebati dalam kalangan masyarakat di seluruh
dunia. Tabiat ini kini telah menular ke seluruh lapisan masyarakat khususnya
golongan pelajar dan remaja. Tabiat ini amat sukar untuk dibendung kerana di
dalam rokok, terdapat sejenis dadah yang menjadi unsur penarik dan menyebabkan
penggunanya berasa seronok. Peningkatan bilangan perokok sememangnya
merungsingkan banyak pihak. Di Malaysia, kerajaan telah membelanjakan kira-kira
RM 17 juta untuk menjayakan kempen Tak Nak (merokok) nagi membebaskan bumi
Malaysia daripada kepulan asap rokok. Walau bagaimanapun, masih ramai lagi
menjadi perokok di negara kita.
Sebagaimana kita tahu bahawa amalan
merokok sememangnya merugikan semua pihak malah memberikan banyak kesan
sampingan kepada si perokok. Kajian saintifik menunjukkan kandungan nikotin
dalam rokok merupakan faktor utama penyebab ketagihan. Oleh itu, tidak
hairanlah rokok amat sinonim dengan pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser
paru-paru, kanser mulut, batuk kering, penyakit jantung, barah pundi kencing,
kerongkong serta masalah saluran pernafasan. Merokok juga boelh melemahkan akal
dan menyukarkan pernafasan. Selain itu, rokok juga mengakibatkan perasaan
gementar dan malas.
Seterusnya, amalan merokok
mendatangkan beberapa implikasi yang buruk. Antaranya, mereka yang ketagih merokok
terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk membeli rokok. Menurut kajian
yang dilakukan, seseorang yang ketagih merokok sanggup mengeluarkan beratus-ratus
ringgit semata-semata untuk membeli rokok setiap hari. Merokok juga menjejaskan
keterampilan diri. Misalnya, seseorang yang merokok semestinya mempunyai nafas
yang berbau busuk. Apabila perokok tersebut bergaul dan menuturkan kata-kata
dengan rakan-rakan yang lain, tentunya akan mengeluarkan bau yang kurang
disenangi. Akibatnya, rakan-rakan akan menjauhkan diri kerana tidak tahan
dengan bau asap rokok dan penampilan diri turut terjejas.
Bagi wanita yang merokok pula,
mereka menganggap bahawa merokok sebagai lambang gaya hidup yang moden. Wanita
yang merokok sering berasa mereka mempunyai stail tersendiri dan berbangga
dengan gaya hidup mereka. Sesetengah wanita menggunakan rokok sebagai cara
untuk menurunkan berat badan. Kesan merokok terhadap wanita lebih serius
berbanding lelaki. Wanita hamil yang merokok misalnya akan membahayakan janin
dalam kandungannya. Rokok boleh memudaratkan dan meracuni janin. Bayi wanita
merokok lebih terdedah kepada risiko kematian pada bulan awal kelahirannya.
Maka lebih teruk lagi kebanyakkan wanita perokok melahirkan bayi yang telah
mati sejak dalam kandungan lagi.
Selain memberi kesan kepada janin,
rokok juga amat berbahaya kepada kanak-kanak. Wanita perokok yang menyusui
bayinya boleh memindahkan nikotin kepada bayi secara langsung menerusi susu
badan. Tabiat merokok dalam kalangan masyarakat boleh meningkatkan kadar
kematian akibat terdedah kepada pelbagai bahan kimia yang terdapat dalam rokok.
Kepulan asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan malah dapat mencemarkan
udara disekelilingnya.
Kesimpulannya, sudah terang lagikan
bersuluh bahawa amalan merokok ini sebenarnya tidak mendatangkan sebarang
kebaikan dan sebaliknya hanya mendatangkan keburukan bukan sahaja pada diri
malah pada masyarakat disekeliling. Oleh itu, semua pihak hendaklah menghakis
tabiat merokok agar kesihatan yang baik boleh diperolehi. Ibu bapa yang merokok
juga hendaklah berhenti mengamalkan tabiat ini supaya anak-anak dapat
mencontohi sikap tersebut, bak kata pepatah “bagaimana acuan begitulah kuihnya”
ataupun “bapa borek anak rintik”.
info yang berguna
ReplyDeleteBaby I don't understand this,your changing i can't stand it
ReplyDeleteblog ini sangat bagus dan berguna bagi mereka yg baru sahaja terjerumus dalam merokok ......
Deleteneymar maybe you can't understand but it's very good information...
Hmmz
ReplyDeleteGood understanding essay
love your blog. it is very cute and interesting . thank you for the information :)
ReplyDeleteterbaik... sangat sesuai dijadikan panduan kajian
ReplyDeleteWah
ReplyDeleteGood information....
ReplyDeleteTerbaaaikkk
ReplyDeletei really love this essay, i was preparing for my exam and suddenly found out that this blog is quite good for those who have weak tatabahasa and people with less idea of writing essay
ReplyDeletethank you, i had to find an example of a "perfect" essay for my online class. thank you very much!
ReplyDeleteTerbaik kak...boleh menjadikan panduan untuk karangan saya
ReplyDelete